Saturday, March 29, 2014

Pembiakkan Ikan Laga


Hye, hari ini admin akan berkongsi sedikit teknik pembiakkan ikan laga yang simple sahaja sebenarnya. Semua orang pun boleh cuba buat dirumah. cuma yang susah sekali ialah untuk menjaga dan mengekalkan tempoh hayat anak-anak ikan laga itu. Itu adalah perkara yang paling rumit sikit lah. 

Video dekat atas ni adalah hasil tangan admin menyatukan jenis crowntail dan jenis yang biasa. 5 hari jugak lah nak dapat kan hasil nya. tapi tak tahu lah telur2 tu menjadi ke tak. rasanya lebih 50 telur terkeluar dari si betina haritu. meriah gila.

InshaAllah kalau semua nya menetas, kita akan jual dgn harga murah di sini nanti ya.

ok 1st step.

Cari lah ikan laga jantan dan betina yang matang, sihat dan cantik. Bagaimana nak tahu jantan betina? Jantan ekornya panjang-panjang sedang yang betina ekornya pendek dan mempunyai biji putih/pearl di bahagian anusnya. Semakin jelas biji putih itu, semakin sedia lah si betina itu untuk bertelur. Dan satu lagi, mungkin juga akan kelihatan perut si betina tu sedikit besar, means ada telur yang banyak dalam tu. 

Bagi yang jantan pula, senang je..ekornya panjang dan tiada biji putih kelihatan. Dan punyai warna badan yang menarik berbanding si betina tadi. Eh nak campur jenis2 yang lain pun tak ada masalah, example crowntail dengan half moon. its ok je.


Ok selesai step 1 tadi ya. Seterusnya ke step 2. 

Sediakan 1 balang akuarium yang besar sikit lah. jangan lah kecil-kecil tu...saiz medium. Agar ikan boleh berenang dengan bebas dan selesa semasa proses mengawan nanti.

  • Letakkan ikan laga jantan di dalam aquarium bersaiz medium tadi.
  • Dan letakkan juga ikan betina di dalam satu bekas lutsinar yang lain dan rendam ke dalam aquarium yang ada jantan tadi.
  • Daun ketapang diletakkan di dalam aquarium sebagai agen yang baik untuk proses mengawan ini. Actually daun ini sgt berguna untuk mereka. Asid pada daun ketapang akan membantu rangsangan pada ikan.


  • Maka mereka berdua akan saling berkenal-kenalan dalam tempoh 2hari! admin suggestkan tempoh 2 hari untuk proses berkenalan kerana jika terlalu awal, mungkin akan mengakibatkan si betina diserang hendap semasa bercampur nanti.
  • Oh ya! dalam tempoh 2 hari, ikan laga jantan membuat buih yang begitu banyak sekali di permukaan air. Buih ini sebenarnya adalah sarang untuk telur-telur yang akan dikeluarkan oleh betina nanti.
  • Selepas 2 hari berkenalan, maka satukan lah mereka! ikan betina di satukan dengan yang jantan. Gunalah cara mengangkat nya menggunakan jaring tapis seeloknya atau tuangkan saja bekas si betina tadi. Hati-hati ya, agar telur2 yang jantan hasilkan tadi tidak pecah dan tidak berterabur. Jika pecah dan berterabur, maka kesian pada si jantan kena buat yang baru dengan segera.
  • Selepas disatukan...Lihat dan perhatikan dengan teliti pergerakan mereka berdua. Pastinya si jantan akan mengejar si betina dengan begitu ganas sekali. namun ini adalah moment yang sangat sweet. Pun begitu admin nasihatkan agar anda sediakan something like terowong atau dedaun yang boleh membantu si betina ini menyorok apabila penat dan nak berehat selepas penat berkejaran.
  • Dalam tempoh 1 hari atau 2 hari! Ikan ini akan mengawan! Bagaimana ya nak mengetahui ikan laga betina sudah mengeluarkan telur atau belum. Kadang-kadang kita tiada masa nak perhatikan setiap minit dan setiap saat. letih kalau begitu. Jadi admin beri sedikit tips.
Tips mengetahui betina dah mengeluarkan telur atau belum? atau bagaimana ciri2 mereka?

  • Ikan betina yang bersedia akan mempunyai jalur-jalur putih pada badan nya. Ia kelihatan sgt jelas. Dan biji putih tadi juga kelihatan sangat ketara serta perut yang begitu kembung.
  • Ia akan berada di permukaan air. Kaku dan lama di permukaan air. ini tanda2 akhir. 
  • Dan finally ikan laga betina akan pergi dekat dengan jantan...dia akan mencucuk2 jantan.
  • Maka terhasil lah proses mengawan dengan jantan akan melilit badan betina. Sepeti video di atas.
  • Jika anda tak sedar atau tak nampak proses ini. Yelah mungkin anda tiada bersama ketika detik indah ini, jangan khuatir..ok lihat pertama sekali..
  • Lihat permukaan buih. ada kelihatan biji2 putih atau tak? kalau ada, itu tandanya betina tadi sudah berletur.
  • Lihat reaksi pergerakan betina, adakah perutnya sudah kempis? atau sudah lasak sedikit? atau si jantan mengasari / menghalau si betina? itu juga tandanya si betina sudah bertelur. 
  • Perkara penting dan simple adalah telur itu sendiri sebenarnya akan kelihatan di dalam buih. Ia jelas dan berwarna kekuningan. Pasti lebih dari 10 biji.
Ok boleh lah asingkan betina dari aquarium tadi. ambil dengan menggunakan jaring dan hati2 jangan terlanggar telur tadi. Buat secara perlahan.

Si jantan akan menjaga telur tadi sehingga menetas. Tunggu selama 2 hari. dan telur tadi akan menetas dengan baik.


Dalam temph ini, elok lah asingkan si bapa tadi...atau biarkan dalam tempoh 2 hari pun tak apa. terpulang.

Ikan akan membesar dengan baik jika diberi makan dgn makanan baik seperti microworm. Seperti yang dikatakan tadi, sukar untuk menjaga anak-anak ini dengan sempurna. jika bertelur sebanyak 50 ekor, mungkin 10 sahaja yang berjaya membesar. Apa pun jagan putus asa ya. Belajar dari kesilapan dan sentiasa berfikiran kreatif dan saintis.

Semoga berjaya! Hehehe.....











Tuesday, March 25, 2014

Penternakan Ikan Laga

Buat masa ni (March 2014) admin sedang giat menternak ikan laga dari pelbagai jenis baka, crown tail, halfmoon, dan yg baka biasa. 2 ekor ikan laga serentak telah pun dikahwinkan dan sejujurnya bukan satu proses yang mudah untuk menghasilkan telur ikan laga / puffy betta. Apatah lagi untuk mengekalkan bilangan telur2 tersebut. kenalah banyak buat kajian dan bacaan umum yg berkaitan. Berhari-hari sampai lah jadi master. haha.

Alhamdulillah, walaupun banyak kekangan masa, namun kedua-dua ikan laga yg dikahwinkan tadi terhasil juga anaknya. Dah besar pun, sebulan lebih dah rasanya. lupa nak rekod tarikh. Tapi tulah, kejayaan tak berapa nak bekekalan, actually mungkin beberapa kesilapan telah admin sengaja lakukan menyebabkan bilangan puffy tadi berkurangan, dari 40 jadi 10!. kesilapan sendiri. Sedih gak lah. Tapi 10 pun dah cukup banyak, mana pulak nak cari botol2.

Kerja-kerja menjaga puffy diserahkan pada adik admin, sbb admin tak ada masa yg lama dirumah, sepenuh masa blaja di bangi, jadi urusan ternakan ikan dan hamster diserahkan pada adik yg kemahirannya pun masih kurang. Hujung minggu je dapat tgok. Sekarang ni pun tengah kahwinkan sepasang lagi, tapi kali ni buat dekat bangi, so inshaAllah, full time boleh jaga diorang. tapi tulah, ni dah masuk hari ke2! Rasanya yang betina tu belum keluarkan telur dia lagi atau pun yg jantan tu belum bersedia. tak tahu lah mana satu punca nya ni...biar jelah dulu, tapi kesian tgok betina tu dah lembik kena kejar dgn jantan tak henti-henti.

InshaAllah, bila dah mencecah puluhan ekor nanti, ada plan nak jual dan berkongsi rahsia penjagaan serta teknik-teknik yang mantap agar penggemar yang lain pun akan turut dapat rasa kepuasan yang sama bila tengok hasil mereka mengahwinkan ikan laga berjaya. 


Ini Mr.Crowntail admin yang sangat stail ekor dia lah, sibuk buat sarang buih. Tapi yang betina nya tak keluarkan telur lagi rasanya....so tunggu jelah lagi beberapa hari...
jgn mati betina tu dah lah. Mana taknya kena paksa? Hihi..
Admin akan update bila dah berjaya nnti. By..




Saturday, February 1, 2014

Syrian Hamster For Sale

 Call / Sms / Whatsapp / Wechat 
(Pertanyaan / Specialist)
012-2374025


Cash On Delivery. COD Area 
LRT Sg. Besi
LRT Salak Selatan
TBS BTS
Kuchai Lama, KL
Sg.Besi, KL
UKM-Bangi area

COD Time
Anytime free

No Postage / Tiada penghantaran secara pos disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan urusniaga boleh terus tinggalkan comment / msg.

Red font is meaning for SOLD/Telah dijual

********************************



CODE : SL1
TYPE : Syrian Long Hair (Berbulu panjang)
COLOUR : Golden Banded Satin / White + Melted Brown
D.O.B : 22/11/2013
SEX : Jantan/Male
PRICES : RM 20 15
NATURE : Active, Tidak menggigit tangan / Not Bite / Gred A+

**********



CODE : SS1
TYPE : Syrian Short Hair
COLOUR : Tortoiseshell 
D.O.B : 21/11/2013
SEX : Female / Betina
PRICES : RM 10 8
 NATURE : Active, Tidak menggigit tangan / Not Bite
**Picture is during pregnancy. (2/2/14) 

*************



CODE : SL2
TYPE : Syrian Long Hair / Berbulu lebat dan panjang
COLOUR : Yellow Banded Satin / 60% White
D.O.B : 22/11/2013
SEX : Male / Jantan
PRICES : RM 20 15
 NATURE : Active, Tidak menggigit tangan / Not Bite / Gred A+

*************


CODE : SB1
Baby Hamster (Syrian long hair / Short hair).
In the process of growth.
Open for booking (Male/Female).
D.O.B : 31/1/2014. Chinese New Year

*************