Tuesday, March 25, 2014

Penternakan Ikan Laga

Buat masa ni (March 2014) admin sedang giat menternak ikan laga dari pelbagai jenis baka, crown tail, halfmoon, dan yg baka biasa. 2 ekor ikan laga serentak telah pun dikahwinkan dan sejujurnya bukan satu proses yang mudah untuk menghasilkan telur ikan laga / puffy betta. Apatah lagi untuk mengekalkan bilangan telur2 tersebut. kenalah banyak buat kajian dan bacaan umum yg berkaitan. Berhari-hari sampai lah jadi master. haha.

Alhamdulillah, walaupun banyak kekangan masa, namun kedua-dua ikan laga yg dikahwinkan tadi terhasil juga anaknya. Dah besar pun, sebulan lebih dah rasanya. lupa nak rekod tarikh. Tapi tulah, kejayaan tak berapa nak bekekalan, actually mungkin beberapa kesilapan telah admin sengaja lakukan menyebabkan bilangan puffy tadi berkurangan, dari 40 jadi 10!. kesilapan sendiri. Sedih gak lah. Tapi 10 pun dah cukup banyak, mana pulak nak cari botol2.

Kerja-kerja menjaga puffy diserahkan pada adik admin, sbb admin tak ada masa yg lama dirumah, sepenuh masa blaja di bangi, jadi urusan ternakan ikan dan hamster diserahkan pada adik yg kemahirannya pun masih kurang. Hujung minggu je dapat tgok. Sekarang ni pun tengah kahwinkan sepasang lagi, tapi kali ni buat dekat bangi, so inshaAllah, full time boleh jaga diorang. tapi tulah, ni dah masuk hari ke2! Rasanya yang betina tu belum keluarkan telur dia lagi atau pun yg jantan tu belum bersedia. tak tahu lah mana satu punca nya ni...biar jelah dulu, tapi kesian tgok betina tu dah lembik kena kejar dgn jantan tak henti-henti.

InshaAllah, bila dah mencecah puluhan ekor nanti, ada plan nak jual dan berkongsi rahsia penjagaan serta teknik-teknik yang mantap agar penggemar yang lain pun akan turut dapat rasa kepuasan yang sama bila tengok hasil mereka mengahwinkan ikan laga berjaya. 


Ini Mr.Crowntail admin yang sangat stail ekor dia lah, sibuk buat sarang buih. Tapi yang betina nya tak keluarkan telur lagi rasanya....so tunggu jelah lagi beberapa hari...
jgn mati betina tu dah lah. Mana taknya kena paksa? Hihi..
Admin akan update bila dah berjaya nnti. By..




No comments:

Post a Comment